Tahukah Anda Kehebatan Penghafal Al-Quran?

Tahukah Anda Kehebatan Penghafal Al-Quran?
Allah telah menjanjikan
kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di
bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang
terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah
s.a.w bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab:
“Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan
mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa
bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
“Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra
dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di
perintahkan, “Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan
tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat
tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w “Daripada Anas ra.
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Para pembaca Al Quran itu adalah
orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,”
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI
MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w  “Daripada Abu
Musa Al Asya’ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang
sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak
berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak
di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil.”
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
” DaripadaAbdullah Bin Mas’ud ra. Daripada
nabi s.a.w. baginda bersabda: ” bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan
menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan
Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al
Quran maka hendaklah ia bergembira.”
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
“DaripadaIbnu Mas’ud ra. Dari Rasulullah
s.a.w. beliau bersabda; “yang menjadi imam dalam solat suatu kaum
hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran.”
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa
nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang
uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, “dari mereka
berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?” apabila ada orang yang
dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu
terlebih dahulu ke liang lahad.”
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu
Wajhah ia berkata, “Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka
Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk
sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk
neraka.”
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA
KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi
s.a.w. baginda bersabda: “orang yang hafal Al Quran nanti pada hari
kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; “Wahai Tuhan
,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut
di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
“Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.”
Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi,
“Wahai Tuhan, redailah dia.” Maka kepadanya di katakan; “Bacalah
dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu
kebajikan.”
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada jabir bin nufair, katanya
rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali
menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang
berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA
ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata
bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat
nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari
kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya:
“Apakah anda mengenalku?”.
Penghafal tadi menjawab; “saya tidak
mengenal kamu.” Al Quran berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yang
membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada
malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang
dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal
Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan
ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang
kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat
di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya:
“kenapa kami di beri dengan pakaian begini?”. Kemudian di jawab,
“kerana anakmu hafal Al Quran.”
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di
perintahkan, “bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan
kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik
bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM
SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Daripada Sisyah ra ia berkata, bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan
jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal
Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi
sesudah itu.